PUTRA- Perubatan Tenaga Rohaniah, Tenaga Alam Semulajadi, Tradisional Melayu Islam. PSSGMM- Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia "GAYONG MA'ARIFAT BUKAN SEKADAR SILAT" "BUKAN SILAT BIASA"
4/17/2012
JANGANLAH TURUTI HAWA NAFSU
Sebagai seorang manusia. Kita tidak akan pernah terlepas daripada melakukan maksiat. Tidak kisahlah sama ada kita ini pendakwah atau orang umum, ditarbiyah atau tidak, belajar agama atau tidak. Pasti kita tidak akan lepas daripada maksiat. Kerana apa?
Kerana memang kita diciptakan Allah dalam keadaan yang sebegitu.
زُيِ�`نَ لِلنَ�`اسِ حُبُ�` الشَ�`هَوَاتِ مِنَ النِ�`سَاءِ وَال�'بَنِينَ وَال�'قَنَاطِيرِ ال�'مُقَن�'طَرَةِ مِنَ الذَ�`هَبِ وَال�'فِضَ�`ةِ وَال�'خَي�'لِ ال�'مُسَوَ�`مَةِ وَال�'أَن�'عَامِ وَال�'حَر�'ثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ ال�'حَيَاةِ الدُ�`ن�'يَا ۖ وَاللَ�`هُ عِن�'دَهُ حُس�'نُ ال�'مَآبِ
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan ( الشَ�`هَوَاتِ ), berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."
[QS Ali `Imran, 3:14]
Memang. Kalau dalam ayat tu, Allah SWT telah menghias (زُيِ�`نَ) manusia itu dengan الشَ�`هَوَاتِ .. Tetapi, apakah itu alasan untuk kita kemudiannya halal bermaksiat kepada Allah?
Tanyakan pada diri? Apakah itu bermakna kita halal bermaksiat kepada Allah?
Nanti dulu.. Cuba kita baca kata-kata Allah di tempat lain di dalam al-Quran,
أَفَرَأَي�'تَ مَنِ اتَ�`خَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَ�`هُ اللَ�`هُ عَلَىٰ عِل�'مٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَم�'عِهِ وَقَل�'بِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن�' يَه�'دِيهِ مِن�' بَع�'دِ اللَ�`هِ ۚ أَفَلَا تَذَكَ�`رُونَ
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran."
[QS al-Jasiyah, 45:23]
Siapa tuhan di hati kita? Siapa إِلَٰه di hati kita? Benarkah Allah atau sebenarnya itu hanya kebohongan semata-mata. Kerana apa saya kata begitu? Cuba perhatikan diri kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment