PUTRA- Perubatan Tenaga Rohaniah, Tenaga Alam Semulajadi, Tradisional Melayu Islam. PSSGMM- Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia "GAYONG MA'ARIFAT BUKAN SEKADAR SILAT" "BUKAN SILAT BIASA"
4/27/2012
ILMU TENAGA ROHANIAH ( ILMU GERAK LAKSAMANA )
Ilmu Tenaga Rohaniah (Ilmu Syahadah) Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia adalah ilmu warisan para Wali - Wali Allah, Ulama Silam & Datuk Laksamana Hang Tuah dari Nusantara Melayu dan Timur Tengah.
Ilmu ini mengatasi segala ilmu kebatinan dan ilmu mistik yang lain kerana asasnya adalah penggunaan dua kalimah syahadah & dijamin tiada sebarang unsur - unsur syirik yang melibatkan jin,syaitan,iblis dan sebagainya.
Apabila anda mempelajari Ilmu Tenaga Rohaniah, kepandaian bersilat dan ilmu kebatinan yang akan anda perolehi akan setaraf bahkan melebihi daripada mana - mana guru persilatan yang lain.350,000 orang murid dari dalam dan luar negara telah membuktikannya semenjak tahun 1993 hingga kini.
Apa itu Ilmu Tenaga Rohaniah?
Ilmu Tenaga Rohaniah Ialah warisan dari ulama ulama dan pendekar pendekar silam dan merupakan salah satu dari cabang ilmu yang dikatakan Ibu Gayong.
Apa yang bakal diperolehi dengan Ilmu Tenaga Rohaniah?
Ilmu ini adalah pakaian Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia, jadi sudah tentu ia merupakan ilmu beladiri, tetapi lebih dari itu sebenarnya Ilmu Tenaga Rohaniah sebenarnya lebih dari itu, dengan mengamalkan ilmu ini anda mampu:-
>Bersilat dengan kemas cantik dan sempurna dalam keadaan yang sedar dan waras.
>Memukul musuh dari jarak jauh
>Mengunci pergerakan musuh
>Menepis gangguan makhluk halus dan sihir
>Tahan tetakan senjata tajam
Itu hanya dari aspek bela diri dan mistik, tetapi bagaimana dengan kehidupan sebenar?
>Hilangkan stress dengan meditasi dan zikir yang terdapat dalam amalan Ilmu Tenaga Rohaniah
>Memecah kebuntuan idea , menyelesaikan masalah yang rumit.
>Melakukan sesuatu yang tidak pernah dipelajari seperti membaiki kereta dan lain lain bila keadaan mendesak.
Berikut pula manafaat kepada pelajar sekolah atau IPT
>Mampu mengingati pelajaran berganda ganda lebih baik dari sebelumnya.
>Mengulangkaji dengan lebih berkesan
>Yakin bila menghadapi peperiksaan
Lebih lama mengamalkan ilmu ini semakin banyak kelebihan yang dapat diperolehi. Yang lebih penting ialah ilmu Ilmu Tenaga rohaniah tidak hanya bermanafaat didunia tetapi juga di akhirat kerana amalan yang diamalkan ialah zikir zikir dan ayat ayat Al Quran yang pastinya di anugerahkan dengan balasan pahala.
DALAM KURSUS INI ANDA AKAN DIAJAR
>Latihan rencah jarak jauh.
>Mengunci musuh jarak jauh.
>Mematikan sihir musuh jarak jauh.
>Merawat diri sendiri, keluarga & orang lain.
>Membentuk perisai tubuh agar tidak dilukai senjata tajam.
>Mampu bersilat dalam apa sahaja silat dengan sendiri tanpa diajar di dalam gelanggang.
>Membuat tubuh kuat dan menjadi sihat serta menghindarkan diri daripada segala penyakit.
>Menjadikan otak cergas sentiasa.
Dan 1001 kelebihan lain (bergantung kepada niat anda).
"ILMU KAMI TIDAK MENGGUNAKAN TANGKAL, JIN ATAU LAIN - LAIN BENDA TAHYUL. KAMI MENGGUNAKAN ILMU TAUHID DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH S.W.T. BERUSAHA MENYELAMATKAN DIRI DENGAN ILMU WARISAN PENDEKAR MELAYU JIKA DICEROBOH ATAU DISERANG. "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment