5/27/2012

TIDAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...

Sejarah Hang Tuah Adalah Benar !!!



Assalamu’alaikum dan salam 1Malaysia kepada semua tuan hamba dan mereka yang sentiasa irihati dengan kecemerlangan seorang Pahlawan Melayu yang menjadi sejarah negara pada kurun ke 13-14 Masihi, dimana Pahlawan Melayu bersama Bendahara Tun Perak yang tersohor di Negeri Melaka ketika itu berjaya mengembangkan pengaruh bersama lima bersaudara dengan membawa nama Melaka ke seluruh nusantara Melayu, Siak, Pasai, Perlak, Rokan Inderagiri, seluruh pesisir Sumatera dan sebahagian Tanah Melayu jatuh ke tangan Melaka.
 
Tak tumbuh tak melata,Tak sungguh tak dikata.
 
Kalau iapun penglipur lara, tiadalah makam Tun Teja di Melaka. Banyak bukti sejarah telah pun hilang kerana kecurangan kuasa penjajah yang bersekongkol dengan petualang bangsa yang tak senang dengan keagungan Kerajaan Kesultanan Melayu.
 
Tuan hamba orang Melayu, malangnya integriti dan jatidiri tuan hamba telah hilang ditelan oleh kajian dan satu pernyataan dari seorang anak Cina yang tak sejauh mana tahunya tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi itulah Melayu sekarang yang sentiasa merasa dirinya hina, bodoh, tongol, tolol atau seumpamanya. Apa yang dikata orang, semuanya diiyakan.
 
Malang sungguh nasib orang Melayu zaman sekarang kerana ramai pemuda-pemudi berjiwa lemah, mudah diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Tak kira Melayu universiti, Melayu lebai pondok, Melayu sekolah batu atau Melayu sekolah atap, semuanya lemah hati dan jiwa. Patutlah dikata orang betul belaka. Sehingga sanggup diperbodohkan diri ibarat nyamuk seekor, kelambu dibakar, ibarat luncai terjun dengan labu-labunya.
 
Maafkan hamba kerana berbahasa begini, kerana hamba berketurunan Melayu lama, dimana dididik oleh waris Datuk Laksamana Hang Tuah. Kalaulah ia tidak wujud, tiadalah ilmunya diguna pakai, tiadalah rentak dan gaya hidupnya diamalkan dalam diri, tiadalah semangatnya di dalam jiwa. Hidup Melayu! Hidup Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia..
 
Kalau tuan hamba berhajat, datanglah ke teratak hamba, dapat kita bermadah seloka dan bermain ilmu Hang Tuah.
 
Aah Melayu..! Dimana kau sekarang..? Marilah bersama dengan hamba waris Melayu lama menjaga dan membela Tanah melayu, jangan dilacur oleh bangsa lain.Hinanya Melayu, diri dilacur, tak terkata..Melayu..Melayu…
 
~Nukilan: Waris Beradat Panji Alam 

ADAB MURID PADA DIRINYA




ANTARANYA...

HENDAKLAH DIA MENINGGALKAN BERLEBIHAN PADA MAKANAN, MINUMAN, PAKAIAN DAN PERNIKAHAN. DIA HARUS DAPAT MENAHAN DIRI, HANYA SEKADAR MENCUKUPI KEHIDUPAN YANG LAYAK.

"ALLAH MENJADIKAN BERLEBIHAN PADA MAKANAN DAN MINUMAN DI DUNIA ITU, MENYEBABKAN HATI MENJADI KERAS, LAMBAT KEPADA ALLAH DAN TULI DARI MENDENGAR NASIHAT DAN PENGAJARAN "
... IMAM GHAZALI

HENDAKLAH DIA MENINGGALKAN RASA CINTA KEPADA DUNIA DAN MEMERHATIKAN JAUH KE AKHIRAT.
" RASA CINTA KEPADA ALLAH TIDAK AKAN MASUK KE DALAM HATI YANG DI DALAMNYA ADA RASA CINTA DUNIA "
JANGAN RISAU KEPADA APA YANG ADA DI TANGAN ORANG LAIN. HENDAKLAH DIA MENUTUP PINTU PENJAGAAN AKHLAK PADA DIRINYA ( NAFSU ). TIDAK BERPALING HATINYA KEPADA SESEORANG DI ANTARA MAKHLUK, BAIK ORANG ITU MENGHADAPINYA MAU PUN MEMBELAKANGINYA.
MENGEMBALIKAN DIRI KEPADA SEDIKIT MAKAN, IAITU BERHENTI MENYUAP MAKANAN SEBELUM KENYANG. YANG DEMIKIAN ITU AKAN MENIMBULKAN KEGIATAN DAN KESEGARAN DALAM MELAKSANAKAN KETAATAN DAN DAPAT MELENYAPKAN KEMALASAN.
MENAHAN PANDANGAN MATA KEPADA YANG HARAM MENURUT BATAS KESANGGUPAN KERANA MEMANDANG KEPADA SESUATU YANG HARAM ITU ADALAH SEPERTI RACUN YANG MEMATIKAN DAN LAKSANA ANAK PANAH YANG MENEMBUS KE LUBUK HATI YANG DAPAT MEMBUNUHNYA. TERUTAMANYA BILA MEMANDANG DENGAN PENUH NAFSU BERAHI.
MENINGGALKAN GURAU SENDA KERANA BERGURAU ITU AKAN MEMATIKAN HATI DAN MENIMBULKAN KEGELAPAN. SEANDAINYA SALIK MENGETAHUI KEKURANGANNYA DI SEBABKAN SUKA BERGURAU DAN BERCANDA NESCAYA DIA TIDAK AKAN MENGULANGINYA LAGI DAN TAHULAH DIA BATHIN ORANG.