3 JUN 2012
Tajuk Perjumpaan kali yang kedua ini:
"SILAT itu SILATURRAHIM, Walau PAHIT semasa bergelanggang, TETAPI biar MANIS di luar gelanggang...."
Tujuan dan matlamat majlis perjumpaan :
Perjumpaan rakan2 Facebook antara pelbagai aliran silat BERTUJUAN untuk MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM sesama pesilat yang lama dan yang baru dari pelbagai aliran...
DUNIA SENI SILAT MELAYU (DSSM)
Mendaulatkan SENI SILAT MELAYU dan MENYATUKAN pengamal dan ahli berlainan perguruan dibawah satu platform media baru.
MISI
Mengumpulkan semua ahli-ahli persilatan LAMA dan BARU dari pelbagai PERGURUAN PERSILATAN didalam program SILATURAHIM supaya kembali bersama 'MENYATU, MEMBUDAYA, MEMPROMOSI dan MEMARTABAT' Seni Silat Melayu sebagai satu warisan kebangsaan yang dihormati dan disegani, sejajar dengan Silat yang tertakluk didalam Akta Warisan Negara.
MATLAMAT
1. Mendedahkan dan mendekatkan individu atau masyarakat Melayu bukan silat untuk sama2 mempelajari Silat.
2. Mengeratkan tali persaudaraan dan silaturahim antara ahli2 lama dan baru walau berlainan perguruan persilatan.
3. Menanamkan perasaan cintakan hak dan warisan bangsa Melayu.
4. Menghidupkan kembali pusaka warisan bangsa yang hampir dilupakan.
5. Menanamkan semangat bahawa hanya orang melayu khususnya yang bertanggungjawab masa depan warisan ini dari terus pupus. Bukan oleh bangsa lain.
6. Menjadi medium sumber rujukan akademik, kajian seni dan siaran.
STRATEGI
1. Melaksanakan aktiviti bulanan program2 silat dan menghebahkannya ke seluruh masyarakat agar ikut turut serta membudayakan silat sebagai 'pakaian' orang2 Melayu.
2. Melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dikalangan warga silat media baru.