PUTRA- Perubatan Tenaga Rohaniah, Tenaga Alam Semulajadi, Tradisional Melayu Islam. PSSGMM- Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia "GAYONG MA'ARIFAT BUKAN SEKADAR SILAT" "BUKAN SILAT BIASA"
5/11/2012
MENGEMBARA KE ALAM JIN
Jin memang wujud. Orang Islam wajib percaya akan wujudnya makhluk jin karena ia disebut di dalam Al Quran. Firman Allah:
Maksudnya; "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku". (Az-Zaariat:56)
Tuhan ada berfirman bahwa alam yang diciptaNya ada dua bentuk. Ada alam ghaib dan ada alam nyata atau alam syahadah. Alam nyata ialah alam yang mata lahir dapat nampak. Alam ghaib, mata lahir tidak dapat nampak tetapi dapat dirasakan oleh hati.
Merasakan wujudnya alam ghaib dengan hati ada dua peringkat. Pertama, terasa akan adanya alam ghaib itu. Yaitu yakin dan percaya tentang alam ghaib semata-mata berdasarkan rasa saja. Tidaklah sampai dapat melihat seperti mata lahir . Peringkat kedua ialah hati dapat melihat seperti mana mata lahir melihat. Bukan sebatas rasa saja tetapi mata bathin dapat melihat seperti mana mata lahir melihat. Yakni betul-betul nampak.
Bila dikatakan alam ghaib, ia tidak termasuk Tuhan. Tuhan juga ghaib tetapi Tuhan bukan alam. Tuhan itu tersendiri. Maha Suci Tuhan dari menyerupai alam. Alam adalah apa saja selain Tuhan. Alam adalah ciptaan Tuhan dan dinamakan makhluk. Tuhan itu Pencipta atau Khaliq. Ghaibnya Tuhan tidak sama dengan ghaibnya alam.
Alam ghaib ini ada beberapa kategori. Yang tertinggi ialah alam malaikat. Kedua alam jin dan ketiga alam ruh muqaddasah. Malaikat diceritakan dalam Quran dan Hadis. Malaikat lebih dahulu diciptakan dari jin. Ia dijadikan dari cahaya manakala jin dicipta dari api. Oleh itu malaikat lebih ringan ciptaannya dari jin karena cahaya lebih ringan dari api. Sebab itu juga bilangan malaikat lebih ramai dari jin. Nisbahnya pada setiap sepuluh malaikat satu jin. Juga disebabkan malaikat dicipta dari cahaya, perjalanannya lebih cepat dari jin.
Jin pula lebih dahulu dicipta dari manusia. Kalau jin dijadikan daripada api, manusia dijadikan daripada tanah. Sebab itu manusia berbentuk jisim yang pejal, lebih lambat pergerakannya. Sebab itu juga jin lebih ramai bilangannya daripada manusia. Nisbahnya setiap sepuluh jin satu manusia. Malaikat lebih ramai dari jin dan jin pula lebih ramai dari manusia dengan nisbah 10:1 .
Ruh muqaddasah pula sebenarnya adalah manusia. Muqaddasah itu maksudnya suci. Roh muqaddasah ialah ruh yang suci. Ruh muqaddasah atau ruh yang suci ini peranannya lebih kuat dari peranan jasad. Ruh muqaddasah ini dia mutassarif atau aktif, lebih aktif dari fisiknya.
Ruh muqaddasah ini pula, ada ruh orang yang masih hidup dan ada ruh orang yang sudah mati. Sebab itu, tidak heran orang yang kasyaf kadang-kadang dapat melihat orang yang masih hidup di suatu tempat sedangkan fisiknya yang sesungguhnya berada di tempat lain. Ada juga orang kasyaf yang melihat ruh muqaddasah orang yang sudah mati. Oleh karena umumnya ruh muqaddasah tidak dapat dilihat oleh mata kasar, maka ia dikatakan ghaib juga.
Jadi , ruh muqaddasah ini, walaupun fisik hidup atau mati, ruhnya sangat berperanan. Namun , ruh muqaddasah orang yang sudah mati lebih berperanan dari ruh muqaddasah orang yang masih hidup. Ini karena orang yang masih hidup masih terikat dengan jasad lahir. Kalaupun ruhnya dapat keluar secara halus, secara mata tidak dapat lihat, dia tetap masih terhubung dengan jasad lahirnya. Ini tidak berlaku kepada ruh orang yang sudah mati. Itu sebab ruh muqaddasah orang yang sudah mati lebih laju dan lebih aktif dari ruh muqaddasah orang yang masih hidup.. Contohnya, kalau ada dua orang wali, yang kedua-duanya sudah menjadi ruh muqaddasah, kalau seorang masih hidup dan seorang lagi sudah mati, ruh wali yang sudah mati itu akan lebih berperanan, lebih aktif dan lebih laju bekerja dari ruh wali yang masih hidup.
Berbalik kepada kisah jin, dia ada dua peringkat. Ada jin Islam dan ada jin kafir. Jin ini pula macam manusia juga. Dia ada bermacam-macam jenis, bangsa dan etnik. Tabiat bangsa dan etnik jin inipun tidak sama di antara satu dengan lain.
Seperti juga manusia yang banyak bangsa dan etnik, tabiat dan ragam asli antara etnik tidak sama. Bangsa Cina dan Melayu ada watak-wataknya yang tersendiri. Orang Putih (Barat) ada wataknya yang tersendiri pula. Bahkan etnik dalam satu rumpun bangsa pun wataknya tidak sama. Orang Banjar dan orang Jawa, wataknya berbeza. Malahan orang Melayu yang berlainan kawasan pun berbeda wataknya. Orang Melayu Johor dan Melayu Kelantan lain. Mereka ini sedikit-sedikit ada perbedaan watak. Begitu juga jin. Ada yang kasar dan ada yang lembut sedikit. Ada yang garang dan ada yang sederhana.
Jin itu watak asalnya jahat. Betapalah jenis yang kasar, dia lagi jahat. Sebab itu dikatakan, sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kalau kita pilih seorang manusia yang paling jahat, kalau dia jin, dia adalah yang paling baik.
Namun demikian, jahatnya jin itu ada juga batasnya. Tidak ada jin yang sebegitu jahat sampai mengaku dirinya Tuhan seperti Firaun dan Namrud. Tidak ada pula jin yang sebegitu baik sampai mengatasi baiknya Rasulullah dan para Nabi. Para Nabi dan Rasul tidak diangkat dari kalangan jin. Umumnya jin lebih jahat dari manusia tetapi tidak ada yang ekstrem jahatnya seperti Firaun dan Namrud dan tidak ada yang ekstrem baiknya seperti Rasulullah SAW. Hanya manusia yang ada baiknya secara ekstrem dan jahat secara ekstrem.
Jin ini melihat Iblis dan bergaul bersama-samanya di alam ghaib. Jin Islam bergaul dengan jin kafir. Mereka makan bersama, bekerja bersama, berniaga bersama, ada yang menikah antara satu sama lain, sama-sama duduk dalam satu kantor, sama-sama jadi kerani (clerk) dan sebaginya. Sebab itu jin Islam lebih banyak dirusakkan oleh jin-jin kafir. Sebab mereka bergaul bersama dan mereka sama jenis. Mereka mudah terpengaruh.
Macam kita manusia juga, kalau bergaul dengan bangsa jahat seperti orang Barat dan Yahudi, habislah kita jadi Barat dan Yahudi. Semuanya dapat bertukar jadi Barat dan Yahudi. Yang tidak dapat bertukar hanyalah warna kulit dan bentuk hidung. Ini musti buat operasi pelastik.
Jin kurang berhasil dalam usaha merosakkan iman manusia berbanding iman sesama jin. Ini karena manusia dan jin berlainan jenis, dan manusia tidak dapat nampak dan tidak dapat bergaul dengan mereka. Itupun banyak manusia yang kafir, banyak yang zalim dan yang fasik. Betapalah kalau jin dan manusia sama-sama dapat bergaul.
Bila jin menjadi kafir, dia dipanggil syaitan. Syaitan itu maksudnya merasuk. Kerja jin kafir atau syaitan ialah merasuk dan menyesatkan orang. Jin Islam tidak dapat dikatakan syaitan.
Kehidupan jin betul-betul macam manusia. Ada kerajaannya, ada masyarakat, ada kantornya, ada mahkamahnya, ada nikah kahwin. Tempat tinggal jin ajaib dan aneh. Ada yang tinggal di gunung-gunung, hutan-hutan, laut, kawasan sungai dan hulu-hulu sungai. Ada juga jenis jin yang bergaul dengan manusia.
Jin yang tinggal di suatu negara, biasanya ikut bahasa manusia setempat. Kalau di Tanah Arab, jin berbahasa Arab, kalau di Tanah Melayu, jin berbahasa Melayu. Dia tidak tahu bahasa Arab. Kalau jin yang duduk di Negara Cina maka bahasanya bahasa Cinalah. Mereka pun belajar dan berguru dengan manusia.
Rupa asal jin sangat hodoh (jelek) dan buruk. Ia menakutkan. Kalau manusia terlihat jin ini hidupnya jadi huru hara dan ketakutan. Manusia tidak akan aman. Dengan rahmat Tuhan, alam jin dihijab (ditutup) dari pandangan manusia. Tetapi alam manusia tidak dihijab dari pandangan jin. Sehodoh-hodoh manusia adalah secantik-cantik jin.
Walaupun rupa asal jin itu jelek tapi dia dapat menyerupai berbagai rupa. Dia dapat merupa benda seperti kain, tas, batang kayu, binatang dan juga manusia, tetapi paling banyak dia menyerupai binatang. Ini termasuklah ular, kala jengking, lipan dan jenis-jenis binatang lain yang berbisa. Kalau dia menyerupai binatang seperti ini, rupanya lebih aneh dan lebih hebat dari yang biasa. Kalau dia dibunuh ketika dia sedang menyerupai binatang , dia akan mati.
Sebab itu Tuhan ajar kita, kalau jumpa binatang berbisa di tengah jalan atau di dalam rumah, musti berhati-hati. Jangan langsung bunuh walaupun dalam Islam hukumnya sunat. Usir dua tiga kali dahulu. Kalau dia tidak lari baru dibunuh. Takut-takut dia adalah jin yang sedang berubah bentuk. Kalau kita terus bunuh dan dia sebenarnya jin yang sedang merupa, mungkin keluarganya akan marah dan akan bertindak terhadap kita. Banyak orang yang dirasuk dan diganggu oleh jin disebabkan mereka ada buat silap dengan jin. Kalau setelah dihalau dua tiga kali tetap juga tidak pergi maka jelas itu bukan jin. Dapat kita bunuh.
Ada cerita dalam kitab, seorang soleh telah membunuh seekor ular. Maka pada malamnya, dia ditangkap dan dibawa oleh jin ke negeri jin. Di negeri jin itu berjalan hukum Islam. Hakim jin itu pun Islam. Maka orang soleh dan keluarga jin yang dibunuh oleh orang soleh tadi dibawa ke mahkamah. Bila perbicaraan bermula maka menangislah keluarga jin sambil berkata kenapa ahli keluarga mereka dibunuh. Bila hakim jin bertanya kepada orang soleh tersebut mengapa dia bunuh ular itu, dia menjawab karena dalam ajaran Islam, sunat hukumnya saya membunuh ular dan binatang-binatang yang berbisa. Saya buat atas arahan Tuhan dan saya dapat pahala. Yang salah adalah orang Tuan. Kenapa dia merupa ular. Salah dialah. Saya musti bunuh ular karena itu sunat hukumnya.
Hakim jin menghukum bahwa yang salah dalam kes (kasus) ini bukan manusia tetapi pihak jin. Dia batalkan tuduhan. Hakim arahkan polisi jin supaya mengembalikan orang soleh itu kembali ke alam manusia. Kalau dia bukan orang soleh dan tidak dapat menjawab sudah tentu dia kena hukum. Orang soleh itulah yang menulis kisah ini dalam kitab. Hujah ini hujah yang kuat.
Umur jin sangat lama berbanding umur manusia yang lebih kurang 63 tahun. Jin dapat hidup sampai 1500 tahun hingga 2000 tahun. Ada jin yang hidup di zaman Rasulullah SAW yang masih hidup pada hari ini.
Makanan jin adalah wap (uap) dari tulang dan tulang sum-sum binatang. Itu sebab dalam syariat Islam makruh kita memakan tulang dan tulang som-som. Ada lagi cerita tentang jin dalam kitab. Sesetengah orang soleh dapat menundukkan jin, mengguna dan memperalatkan mereka. Kita tahu, dalam sejarah, ada sahabat yang hilang unta di padang pasir. Di padang pasir banyak rijalul ghaib. Mereka berkata; Ya Rijalul ghaib, kembalikan untaku yang hilang. Maka unta itu dikembalikan. Ini tawassul namanya.
Pernah Rasulullah SAW berjalan-jalan dengan beberapa orang sahabat dan singgah di suatu kampung jin. Rasulullah beritahu para sahabat supaya tunggu dan jangan ikut, sebab dia mahu masuk ke kampung jin untuk mengajar . Cerita ini masyhur dalam sejarah. Para sahabat hanya melihat asap. Sebab adakalanya jin menyerupai asap karena dia berasal dari api. Tetapi Rasulullah melihat betul-betul jin itu dan mengajar mereka pula.
Ada cerita tentang Nabi Sulaiman di dalam Quran yang hendak membawa istana Balqis dari Yaman ke Palestin yang jauhnya beribu-ribu mil. Antara mukjizat Nabi Sulaiman diperintahnya jin untuk membawa istana tersebut. Jin pun bari tahu dia akan bawa istana itu kepada Nabi Sulaiman selama mana Nabi Sulaiman berubah tempat. Tidakkah itu hebat.
Namun ada lagi yang lebih hebat. Seorang wali Allah yang bernama Asif Barhaya yang turut berada dalam majlis itu berkata saya dapat pindahkan istana Balqis ke hadapan tuan dalam sekelip mata. Maka tertantang jin. Dia hendak ambil hati Nabi Sulaiman dan hendak tunjuk bahwa dia gagah. Tetapi ada manusia bertaraf wali yang menantang dia.
Rupanya di sini kalau ruh muqaddasah bekerja, jin pun dapat kalah. Rasulullah dapat tundukkan jin. Para wali juga dengan karomah mereka dapat menundukkan jin dengan kekuatan diri mereka sendiri. Tetapi kalau ada murid yang dapat nampak jin atau dapat gunakan jin, dan merasakan itu adalah karena berkat gurunya, maka dia akan selamat. Yang tidak selamat biasanya orang yang kasyaf, nampak jin dan dapat guna jin tapi tidak ada guru atau ada guru tetapi hatinya telah berubah. Dia rasa bukan berkat gurunya lagi tetapi dia rasa dirinya sudah jadi wali, sudah ada karomah sendiri. Itu yang rosak. Orang yang dapat arahkan jin dan nampak jin dengan berkat gurunya, kalau dia berhadapan dengan jin yang garang sangat atau degil sangat, maka biasanya ruh muqaddasah gurunya turut hadir atau dia jual nama gurunya.
Begitulah rahsia jin. Jin ada disebut dalam Quran dan dalam hadis. Siapa menolak kewujudan jin ertinya dia menolak Quran dan Hadis. Jin macam malaikat juga. Quran kata ada, adalah. Tetapi aneh, tentang malaikat banyak orang terima tetapi tentang jin banyak orang tolak. Yang dikatakan orang Bunian, Kuntilanak, Pelesit, Tuyul, Polong, Langsui, Hantu Raya dan berbagai-bagai lagi itu asalnya ialah jin. Oleh karena sukunya dan perangainya tidak sama maka orang bedakan dengan nama-nama yang berlainan.
Adapun orang yang berhubung dengan jin atas dasar mukjizat dan karomah, maka dia kuat. Jin pun takut dan hormat pada dia. Orang yang dapat berhubung dengan jin atas dasar berkat tuan guru, dia tidak dapat sekali-kali terputus dengan gurunya. Orang yang berusaha untuk berhubung dengan jin, itu dinamakan amalan atau ilmu khadam. Bahaya ilmu dan amalan khadam ini, dia terpaksa tunduk dengan jin. Jin akan bagi syarat buat begitu dan buat begini. Kadang-kadang arahan jin itu bertentangan dengan syariat. Ini yang rusak.
CARILAH LELAKI YANG MAMPU JADI IMAM
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?Buatlah pilihan dengan bijak.Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam
“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ””
Maybe kot. Try search kat google..””
Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..
”“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.Apa peranan imam dalam solat?Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN -- Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.Ia perjanjian sampai mati.Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?MENCARI SEORANG IMAMTak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.Saya geleng kepala.Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.Pun begitu, saya suka mencadangkan.Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG -- Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ? Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?Buatlah pilihan dengan bijak.Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH”LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHATKESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADATBERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPABERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA
RAHSIA ILMU GERAK LAKSAMANA ILMU CUCA {TERCA}
Ilmu Usul(cuca) atau mengenal asal usul telah lama diamalkan oleh pendekar pendekar terbilang pada masa dahulu.Mereka menumpulkan senjata dengan kaedah memujuk secara lisan dan batin,tanpa bantuan jin,mantera,jampiserapah .Nak bukti jumpa datok kita buktikan depan mata.Sebenarnya salah satu pengalaman datok hampir dipatuk seekor ular tedong semasa pergi merawat seorang pesakit seekor ular tedung betul betul berada didepan datok dengan syahadah sekali datok terus pujuk ular dan beritahu ular tersebut jika dia patuk datok datok akan dakwa dia diakhirat,terus ular tu cabut lari padahal betul betul berada dekat kaki datok dan bersiap sedia untuk mematuk datok.Kaedah yang sama bila kita nak bagi senjata itu tumpul secara batin zahirnya tajam batinyya tumpul .Peluru,logam,keris ,ular,harimau ke semua makhluk Tuhan yang diciptakan Tuhan untuk memberi manfaat kepada kita.Apabila kita mengenal mereka kita tidak akan takut dengan makhluk.kita akan terkagum dengan kebesaran Allah.Nak rahsia ini jumpa datok . Kaedah mengolah tenaga AURA atau nur bukan ilmu baru .Pengolahan nur cahaya ini telah diamalkan oleh datok laksamana Hang Tuah,Datok Bahaman ,Mat kilau ,kebetulan datok ada salinan kitab pahlawan mat kilau ada disebutkan kaedah mengolah kalimah Allah misalnya untuk berperang maarifatkan kalimah Allah berwarna merah,untuk pengasih maarifatkan kalimah Allah berwarna kuning.Penemuan kaedah ini adalah diambil dari tokku paloh,setelah mereka berguru dengan tokku paloh seorang waliyullah terkenal setelah mereka membuang ilmu ilmu dunia. mereka mula ditiupkan roh jihad oleh tokku paloh dengan ilmu ilmu perang berlandaskan islam. Murid gayong maarifat diajar ,diasuh tentang yakin Illallah, dengan menafikan makhluk dan isbat Allah swt. makhluk tak dapat beri manfaat atau mudharat melainkan idengan izin Allah. api tidak boleh membakar , tapi Allah sahaja yang membakar. Api berhajat pada Allah untuk membakar, tapi Allah tidak berhajat pada api untuk membakar. Jika Allah mahu, api boleh membakar, dan jika Allah mahu, api tidak boleh membakar.
,dalam tauhid kita, LaIlahaIllAllah ialah yakin Allah Maha Kuasa, makhluk langsung tiada kuasa.
Seorang ulama' memberitahu, Allah SWT hendak menyempurnakan nikmat2Nya yang besar kepada hamba2Nya yg berhubung dgn dunia dan akhirat, maka Ia mengutus para AnbiaNya dengan memberikan mereka dua keistimewaan: Doa dan Da'wah. segala hajat yang dipohonkan pada Khaliq yang Maha Kuasa dinamakan doa dan segenap perintah Khaliq disampaikan pd makhluk2 Nya dinamakan da'wah.
AllahSWT berfirman yang maksudnya:"Maka ingatlah Allah saat berdiri, duduk dan berbaring"(An Nisa':103) . Dalam pada itu,NabiSAW bersabda ,"Mahukah kamu aku beritahu amalanmu yang terbaik dan tersuci di sisi Rajamu(AllahSWT) dan dapat meninggikan darjatmu,serta lebih baik bagimu dari bersedekah emas dan perak, dan mengalahkan musuhmu di gelanggang pertempuran?" Para Sahabat R,A menjawab "Tentu sahaja ya Rasulullah!" Baginda SAW menjawab," Yang terbaik dari semua itu ialah zikrullah". Sebahagian orang arif pula berkata:" Zikir adalah rukun tariqat, kunci hakikat, senjata murid, dan pancaran sinar kewalian."
Jadi, cukuplah dengan firman Raja segala Raja SWT, Khatamun Nabiyyin SAW, dan Ulama'2 Rah. yang membuka kelebihan zikrullah. Para Ulama' semasa tiba ke tanah Melayu (jika tidak silap, tabi'in) sama ada Indonesia dan Brunei, berda'wah dengan hikmah. Dari persilatan, kepada permainan2 tradisi yang lain, diselitkan dengan unsur2 agama. dengan kata lain, seni silat telah dijadikan salah satu wasilah untuk sampaikan Islam pada umat!
Misalnya contoh ada seorang pemanah di kampung ini dapat memanah buah manggis di atas kepala seorang yang diikat pada pokok. kerana ahlinya dalam memanah, sikit pun anak panahnya tidak tersasar. orang2 kampung sebelah yang mendengar cerita ini begitu yakin dengan keahlian pemanah tersebut, walau hanya mendengar dari mulut orang. tetapi, apabila mereka ke kampung itu melihat sendiri pemanah itu memanah, yakin mereka makin bertambah. dan yakin mereka akan capai kemuncaknya apabila mereka sendiri yang diikat pada pokok itu, dan mendapati anak panah itu benar2 tepat pada buah manggis itu!
begitulah iman yakin kita pada Allah, dengan hanya mendengar cerita kebesaran Allah, iman kita hanya peringkat Ilmu-Yakin. apabila melihat sendiri, spt orang2 kampung itu, iman meningkat pada Ainul-Yakin, tapi apabila kita sendiri mengalaminya, baru dapat Haqqul-Yakin(hakikat Iman). guru2 selalu menguji anak2 silatnya dengan menyuruh terjun ke dalam lubang yang dipacak lembing, berjalan atas bara atau kaca, ditetak dengan parang tajam dan sebagainya.ia adalah untuk menafikan 'sifat2 makhluk' tersebut( parang tidak dapat memotong melainkan dengan izin Allah). hakikatnya, ilmu ini adalah ilmu yakin pada pencipta Allah yang maha berkuasa,maarifatnya ilmu ini adalah untuk merasa akan kebesaran dan perlindunganNya.Bagaimana kita solat andai kita tak terasa kebesaranNya bukankah kosong solat itu sekalipun rukun dan bacaannya sempurna.
Murid gayong maarifat dilarang keras sama sekali menggunakan tenaga dari jin dan syaitan,bahkan sangat memusuhi syaitan dan iblis.Murid gayong maarifat didedahkan dengan solat sunat taubat dan solat sunat hajat wirid dan kebesaran Allah swt melalui kaedah bertafakur dengan membuat pengosongan (tahalli)beristigfar ,kemudian membuat pengisian (takhalli)selawat,zikir dan bacaan surah surah terpilih.Natijahnya nanti InsyaaAllah akan melahirkan individu yang bertaqwa ,waraq ,berbudi pekerti,jujur ,ikhlas ,amanah dan berkasih sayang sesama insan.
KEAJAIBAN AKAL FIKIRAN
SATU unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di bumi.
Islam memandang tinggi akal fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam al-Quran.
"Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." (a-Hasyr:21)
Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban, maksudnya: "Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun."
Dalam satu kisah, Abu Said al-Khudri menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Berilah hak matamu di bidang ibadat!"
Sahabat bertanya: "Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya."
Wahab bin Munabih pula berkata: "Semakin tajam seseorang itu berfikir, semakin berilmulah dia dan apabila dia berilmu, semakin banyaklah amalnya."
Al-Ghazali berkata, akal itu mulia dan menjadikan manusia mulia. Melalui akal, manusia mendapat ilmu.
Ibn Khaldun bersetuju akal fikiran (quwwah natiqah) membezakan antara manusia dengan makhluk lain.
Menurut Aristotle, jiwa manusia adalah hakikat diri manusia dan potensi berfikir adalah sebahagian darinya, sementara orang bijak pandai berkata 'berfikir itu pelita hati.'
Hasan al-Basri r.h berkata: "Sesungguhnya golongan yang berfikir mereka sentiasa mengulangi apa yang mereka ingati, sehinggalah hati mereka dapat berbicara dengan kata-kata hikmah."
Lukman al-Hakim berkata: "Sesungguhnya dengan lamanya duduk, aku akan lebih memahami untuk berfikir dan panjang berfikir, petunjuk jalan ke syurga."
Imam al-Ghazali menyifatkan akal fikiran sebagai sumber, tempat terbit dan asas ilmu. Ilmu pula apabila dinisbahkan kepada akal ibarat buah kepada pokok, cahaya kepada matahari, pandangan kepada mata.
Beliau memberikan empat kategori mengenai akal:
i. Akal merujuk kepada suatu sifat yang membezakan manusia dari sekalian haiwan. Akal dalam erti kata ini adalah sifat semula jadi manusia.
ii. Akal merujuk kepada ilmu daruri, terhasil apabila seorang mencapai usia tamyiz. Ilmu daruri ialah ilmu membolehkan dikenali perkara wajib, mustahil dan harus pada akal. Contohnya, mustahil seorang manusia di dua tempat pada satu masa.
iii. Akal merujuk kepada ilmu pengetahuan diperoleh melalui uji kaji dan pengalaman hidup.
iv. Akal merujuk kepada kesempurnaan sifat akal, apabila ia mengetahui akibat setiap perkara dan mengekang syahwat dari menurut kelazatan sementara.
Apabila keadaan ini terhasil pada diri seseorang, dia dipanggil 'manusia berakal' kerana yang memandu tindakannya ialah kesedaran dan keinsafan terhadap perbuatannya, bukan dorongan hawa nafsu.
Merujuk kepada kategori ketiga, iaitu ilmu yang dipelajari dari pengalaman, perbezaan antara manusia berpunca daripada kemampuan asli akal itu sendiri dan pengalaman dilalui.
Bagi kategori keempat, perbezaan manusia kerana berbeza kemampuan mengekang nafsu. Manusia memiliki keupayaan berbeza dalam hal ini, bahkan seseorang mungkin berupaya mengekang nafsu dalam perkara tertentu dan tidak dalam hal lain.
Faktor yang boleh dikaitkan dengan akal fikiran dalam perbezaan ini ialah ilmu yang menyedarkan seseorang mengenai kemudaratan, akibat hawa nafsu. Seorang yang berilmu lebih mampu menjauhi maksiat berbanding si jahil kerana lebih tahu kemudaratannya.
Akal fikiran membolehkan manusia menilai baik dan buruk, mampu membezakan di antara yang benar dan palsu, bersih dan kotor, untung atau rugi, malah memandu untuk mengenal diri dan Penciptanya.
Penggunaan daya fikir yang tinggi dan lebih serius membolehkan manusia mencapai ketamadunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan.
Umat Islam satu ketika mampu meraih kegemilangan apabila menggunakan kemampuan daya fikir yang tinggi, sebagaimana ditonjolkan tokoh Muslim seperti Jabir bin Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Farabi dan banyak lagi.
Al-Khindi |
Al-Kindi (801-873) misalnya, cukup terkenal di Barat dengan nama Alkindus, seorang cerdik pandai Arab dalam pelbagai bidang, terutama sains, astrologi, kosmologi, logik, matematik, muzik, fizik, psikologi dan meteorologi.
Kisah seorang Barat, Isaac Newton (1643-1927), iaitu seorang ahli fizik, matematik, falsafah dan astronomi yang terkenal dengan penemuan formula graviti wajar juga diambil pengajaran.
Sejak lahir beliau tidak pernah melihat bapanya bekerja sebagai petani, kerana beberapa bulan sebelum lahir bapanya meninggal. Kehidupan beliau sangat susah, namun masih berpeluang mendapat ijazah sarjana muda pada usia 22 tahun.
Pada suatu malam, beliau berjalan-jalan di sekitar kebun sambil berfikir dan memerhatikan keadaan sekeliling. Tanpa sedar, fikirannya berakhir pada satu persoalan; mengapa bulan bergerak mengelilingi bumi?
Selepas letih berjalan dan tidak mendapat jawapan, beliau berehat di bawah pohon epal. Tiba-tiba buah epal jatuh berdekatannya.
Kejadian itu menimbulkan persoalan di dalam benaknya. Mengapa buah itu harus jatuh tepat di bawahnya dan tidak ke sekitarnya atau ke atas?
Beliau berfikir lagi hingga menemui satu kesimpulan, iaitu buah epal jatuh ke bawah kerana adanya tarikan dari bumi dan daya seperti itu dinamakan daya graviti. Ia bukan saja berlaku pada bumi, malah planet lain termasuk bulan, bintang dan matahari mempunyai daya gravitinya.
Demikianlah dengan kemampuan dan kehebatan akal fikiran. Bahkan, dengan fikiran yang sihat dapat memupuk keimanan kepada Allah serta menolak perkara bersifat tahyul dan khurafat.
metro jumaat 17 april 09
GELANGGANG DATUK PANGLIMA PERANG LELA TERBILANG
Tempat : Pangsapuri ATM, Jalan Ampang Kiri, Ampang. Hari Latihan : Setiap Hari Rabu Malam Khamis. Masa : Jam 9.00pm ~ 11.30pm. Pendaftaran Ahli Baru Dibuka Sekarang. Berminat Hubungi : 017 - 6703 968
*SQUAD DEMO GAYONG MA'ARIFAT :
SEDIA MEMBUAT PERSEMBAHAN DI :
-Majlis-majlis @ Program :
-Jabatan-jabatan Kerajaan @ Swasta
-Majlis Perasmian Program
-Majlis Penutup Program
-Menyambut Ketibaan Tetamu VVIP & VIP
-Mengiringi Keberangkatan Pulang Tetamu VVIP & VIP
-Persembahan Kebudayaan Di Hotel & Resort Untuk Para Pelancong & Tetamu
-Majlis Perkahwinan
-Dan Apa Juga Majlis @ Program Yang Boleh Dimeriahkan Lagi Dengan Persembahan Seni Silat
*ANTARA PERSEMBAHAN YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN
-TARI BUKA GELANGGANG @ TARI SEMBAH (HORMAT)
-PELEBAT BERAMAI-RAMAI
-PERMAINAN PECAH PUKUL
-PERMAINAN TARI PULUT BERPASANGAN
-PERMAINAN TEMPUR KERAS TANGAN KOSONG BERPASANGAN
-PERMAINAN TEMPUR BERSENJATA
-DABUS @ KEBATINAN & JURUS
-TARI TUTUP GELANGGANG (PERSEMBAHAN)
* PERSEMBAHAN ISTIMEWA
TIP BELADIRI CEGAH JENAYAH , MENANGANI SERANGAN,/ ANCAMAN MUSUH DENGAN CARA MUDAH, PANTAS, TANGKAS & BERKESAN
SQUAD INI JUGA BERSEDIA MENGADAKAN KURSUS-KURSUS BELADIRI KEPADA ORGANISASI @ KUMPULAN YANG BERMINAT.
KURSUS JANGKA PENDEK SECARA INTENSIF
PENDEDAHAN RAHSIA BELADIRI SENI SILAT ILMU WARISAN DATUK LAKSAMANA HANG TUAH
*7 JENIS PERMAIANAN AKAN DIDEDAHKAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT
1. Permainan Sendeng
2. Permainan Terlak
3. Permainan Cekak
4. Permainan Buah Pukul
5. Permainan Harimau
6. Permainan Panglima
7. Permainan Laksamana
Semuanya Mampu Diperolehi Di dalam Kurus Yang Diadakan.
Berminat Sila Hubungi : 017-6703 968 (Datuk Panglima Perang Lela Terbilang / Penyelaras Squad) & 017-6234 679 (Pendekar Zubair / Pegawai Perhubungan Squad)
................................
Subscribe to:
Posts (Atom)