YTM TKS DATUK PANJI ALAM
PUTRA- Perubatan Tenaga Rohaniah, Tenaga Alam Semulajadi, Tradisional Melayu Islam. PSSGMM- Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia "GAYONG MA'ARIFAT BUKAN SEKADAR SILAT" "BUKAN SILAT BIASA"
5/23/2012
SURAH AL-BAQARAH & TERJEMAHAN
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
[11]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".
[12]
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[14]
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
[15]
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
[16]
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
[17]
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
[18]
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
[19]
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
[20]
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[21]
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
[22]
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
[23]
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
[24]
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.
SENJATA PETUNJUK DARI AL-QURAN
Senjata adalah alat terpenting dalam peperangan. Dalam Al-Quran, Allah menyebutkan tentang besi yang dikurniakan kepada manusia bukan sahaja untuk dimanfaatkan oleh mereka bagi tujuan-tujuan duniawi tetapi juga untuk dijadikan alat senjata untuk mempertahankan agama Allah.
“Dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi dengan keadaan demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handal itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong rasul-rasulNya padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. (Al-Hadid:25) …
Kehebatan besi telah lama disedari oleh manusia bermula dari zaman batu hinggalah ke zaman serba canggih dan moden pada hari ini. Di kalangan bangsa Arab, pedang yang ramuan utamanya adalah besi, merupakan senjata yang paling dimuliakan/dihormati dan paling banyak digunakan dalam peperangan. Orang-orang Arab amat menjaga pedang mereka dan hampir setiap ketika, tersisip gagah di sisi mereka. Malah, kemuliaannya juga terserlah dalam syair-syair mereka yang penuh dengan puji-pujian terhadap pedang yang memiliki ratusan nama khusus baginya.
Dalam Islam, kelebihan pedang, khususnya yang digunakan oleh pejuang-pejuang Islam untuk menegakkan agama Allah, sudah cukup digambarkan dengan sabda Rasulullah SAW; “Syurga adalah di bawah bayangan mata pedang”.
Dalam pertempuran, pedang merupakan senjata terakhir yang akan digunakan setelah senjata-senjata jarak jauh seperti panah, tombak dan sebagainya digunakan. Bermakna, setelah kedua-dua pihak saling berhadapan, mula bercampur-baur, maka senjata jarak dekat seperti pedang adalah pertahanan terakhir seseorang pejuang di medan jihad.
Begitulah juga kebiasaan di kalangan pahlawan Melayu dahulu kala dengan kerisnya. Ia ibarat irama dan lagu; tidak boleh dipisahkan. Keris akan sentiasa tersisip kemas ibarat teman setia kepada tuannya dan sedia bila-bila masa berkhidmat bila diperlukan.
Rasulullah SAW sendiri mempunyai beberapa bilah pedang, tombak dan baju besi sebagai persediaan teknoloji (pada masa itu) dalam waktu senang, mahupun susah. Tradisi orang-orang lelaki Melayu dahulu juga memiliki senjata peribadi dalam menghadapi sebarang kemungkinan atau ancaman pihak musuh.
Persoalannya ialah pada hari ini … ada yang beranggapan tak perlu persediaan senjata-senjata tradisi ini semua. Alasan termudah ialah kerana abad ini adalah era pistol, mesin gun, bazooka, bom dan sebagainya. Kalau belajar silat atau martial art pun bakal tewas dengan senjata api yang tak kenal erti kawan dan lawan. Persoalaannya, benarkah alasan sebegitu? InsyaAllah, artikel ini cuba merungkai dan membuka minda pembaca sekalian untuk menilai sejauh mana kebenaran kefahaman begini dengan kupasan-kupasan mudah selepas ini … LELA TERBILANG
TAFSIRAN PETIKAN AYAT-AYAT SURAH AL-BAQARAH
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang HAQ dengan yang BATHIL dan janganlah kamu sembunyikan yang HAQ itu, sedang kamu mengetahui" (Ayat 42)
"Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya" (Ayat 75)
"Alangkah buruknya (perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan Kurnia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Kerana itu mereka mendapat murka sesudah (mendapat) kemurkaan. Dan untuk orang-orang kafir seksaan yang menghinakan" (Ayat 92)
"Dan sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tak ada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-orang yang fasik" (Ayat 99)
"Tiadakah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun seorang penolong" (Ayat 107)
"Katakanlah: "Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami; bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati" (Ayat 139)
~~DIPETIK DARI 'KITAB HIJAU'~~
SYIRIK
SYIRIK ITU BUKAN MELULU MENYEMBAH BERHALA,
TETAPI TERMASUK JUGA DIDALAMNYA ADALAH MENURUTI HAWA NAFSU DAN MENYEKUTUKAN APA SAJA YANG ADA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT DENGAN ALLAH,
KERANA APA SAJA SELAIN ALLAH BUKANLAH TUHAN.
OLEH KERANA ITU,
JIKA KAMU TUMPUKAN HATI MU KEPADA SESUATU SELAIN ALLAH,
BERERTI KAMU TELAH BERBUAT SYIRIK.- SHEIKH ABDUL KADIR JAILANI ( FUTUHUL GHAIB )
YANG HAQ & YANG BATHIL
Selalunya masyarakat kita fobia tentang ilmu kebal kerana sering dikaitkan dengan penggunaan jin dan lain-lain. Namun untuk renungan umat melayu yang agak negatif dengan ilmu kebatinan, di sini saya berikan butiran ringkas Perang di zaman Rasulullah SAW untuk difikir-fikirkan pada masa lenggang.
Jumlah perang bermula tahun 1H-11H, sebanyak 82 kali. Tidak disertai Rasul SAW berjumlah 54 kali. Rasul SAW sebagai panglima sebanyak 28 kali. Dalam 28 peperangan yang Rasulullah SAW turun padang, 9 daripadanya berlaku pertempuran dan 19 kali musuh melarikan diri sebelum bertempur. Dalam 9 kali bertempur hanya sekali tercedera dan hampir terbunuh iaitu dalam perang UHUD.
Masyarakat selalu mengambil iktibar perang Uhud dan mengaitkannya dengan permasalahan KEBAL. Bagi sesetengah orang, ilmu kebal dikatakan syirik dan bid’ah dolalah kerana Rasul SAW dan sahabat pun boleh dicederakan. Ditekankan disini bahawa Rasul SAW dan sahabat pada ketika itu berperang untuk SYAHID DIJALAN ALLAH, oleh itu kebal dari senjata bukanlah fokus utama mereka ketika bertempur. Mereka telah dilatih untuk berjiwa Taqwa, Ikhlas dan Ikhlas yang menyebabkan musuh susah untuk bertindak ke atas mereka. Atas dasar tiga perkara tadilah pertolongan Allah sampai kepada mereka.
Tentera Islam kalah dan Rasulullah SAW tercedera dalam perang UHUD adalah disebabkan penderhakaan (INGKAR) yang dibuat oleh segelintir tentera Islam ketika itu. Penderhakaan ini telah menyebabkan penarikan BANTUAN oleh Allah. Oleh sebab kemenangan umat Islam berpaksi kepada TAQWA, IKHLAS dan TAWAKAL, perang UHUD menjadi pengajaran kepada orang-orang yang melanggar perintah nabi dan membelakangkan Allah SWT.
Bagi nabi SAW pula, selaku ketua terpaksa menerima teguran dari Allah ke atas tentera Islam ketika itu. Begitulah pengajaran yang sepaptutnya diambil oleh masyarakat, kerana jelas dalam perang UHUD, tentera Islam dengan segala ilmu HAQ di dalam dada masih tertewas kerana tidak menjaga hubungan dengan Allah. Ditekankan disini, mengapa kita tak mahu mengkaji bagaimana dalam lain-lain perang yang dikepalai Rasul SAW, tidak tersebut dalam riwayat mengatakan tentang kecederaan baginda sedangkan perang dizaman nabi adalah khusus untuk membunuh baginda SAW.
Dalam satu riwayat menceritakan ketika bertempur Rasulullah SAW adalah yang paling berani dan paling di depan. Para sahabat pun berlindung di belakang nabi kerana rasa dilindungi oleh kehebatan nabi SAW. Ribuan anak panah yang tertuju kepada nabi SAW tidak terkena pada nabi dan kebanyakannya tersasar jauh. Bagaimana perkara begini boleh berlaku? Mengapa sedikit orang yang berani memikirkan hal-hal kebesaran Allah yang berlaku kepada Nabi SAW?
Bagi umat melayu akhir zaman, carilah ilmu kebathinan dari guru-guru yang muktabar. Sesungguhnya ilmu ini datang dari dalam Islam kerana ianya pakaian orang-orang soleh dan para nabi. Pada akhir zaman, ilmu hitam akan berleluasa, umat Islam yang lemah ilmu bathin dan kerohanian akan menjadi sangat jauh dari Allah lalu terjerumuslah mereka ke dalam kekhurafatan dan kecelaruan dalam kehidupan.
SYAITAN & JIN..
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan ...dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika
Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”
(Bukhari & Muslim)
JIN.......
Jin dalam Al-Quran & Hadits
a. Jin diciptakan dari api dan diciptakan sebelum manusia
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelumnya dari api yang sangat panas. (Al-Hijr: 26-27).
خُلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ، وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ، وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ. رواه مسلم
Malaikat telah diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari tanah (yang telah dijelaskan kepada kalian). (Muslim)
Perbedaan asal penciptaan ini menyebabkan manusia tidak dapat berhubungan dengan jin, sebagaimana manusia tidak bisa berhubungan dengan malaikat kecuali jika jin atau malaikat menghendakinya. Apabila manusia meminta jin agar bersedia berhubungan dengannya, maka pasti jin tersebut akan mengajukan syarat-syarat tertentu yang berpotensi menyesatkan manusia dari jalan Allah swt.
b. Jin adalah makhluk yang berkembang biak dan berketurunan
Dan (Ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zhalim. (Al-Kahfi: 50).
Al-Quran juga menyebutkan bahwa di antara bangsa jin ada kaum laki-laki nya (rijal) sehingga para ulama menyimpulkan berarti ada kaum perempuannya (karena tidak dapat dikatakan laki-laki kalau tidak ada perempuan). Dengan demikian berarti mereka berkembang biak.
Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Al-Jin: 6).
c. Jin dapat melihat manusia sedangkan manusia tidak dapat melihat jin
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya ‘auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-A’raf: 27).
Hal ini membuat kita tidak dapat berhubungan dengan mereka secara wajar sebagaimana hubungan sesama manusia. Kalau pun terjadi hubungan, maka kita berada pada posisi yang lemah, karena kita tidak dapat melihat mereka dan mereka bisa melihat kita.
d. Bahwa di antara bangsa jin ada yang beriman dan ada pula yang kafir, karena mereka diberikan iradah (kehendak) dan hak memilih seperti manusia.
Dan sesungguhnya di antara kami ada jin yang taat dan ada (pula) jin yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun jin yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahanam. (Al-Jin (72): 14-15).
Meskipun ada yang muslim, tapi karena jin makhluk ghaib, maka tidak mungkin muncul ketenteraman hati dan kepercayaan penuh bagi kita terhadap keislaman mereka, apakah benar jin yang mengaku muslim jujur dengan pengakuannya atau dusta?! Kalau benar, apakah mereka muslim yang baik atau bukan?! Bahkan kita harus waspada dengan tipu daya mereka.
Berhubungan dengan jin adalah salah satu pintu kerusakan dan berpotensi mendatangkan bahaya besar bagi pelakunya. Potensi bahaya ini dapat kita pahami dari hadits Qudsi di mana Rasulullah saw menyampaikan pesan Allah swt:
وَإِنِّي خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ كُلَّهُمْ، وَإِنَّهُمْ أَتَتْهُمْ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ، وَحَرَّمَتْ عَلَيْهِمْ مَا أَحْلَلْتُ لَهُمْ، وَأَمَرَتْهُمْ أَنْ يُشْرِكُوا بِي مَا لَمْ أُنْزِلْ بِهِ سُلْطَانًا. رواه مسلم
Dan sesungguhnya Aku telah menciptakan hamba-hamba-Ku semua dalam keadaan hanif (lurus), dan sungguh mereka lalu didatangi oleh setan-setan yang menjauhkan mereka dari agama mereka, mengharamkan apa yang telah Aku halalkan, dan memerintahkan mereka untuk menyekutukan-Ku dengan hal-hal yang tidak pernah Aku wahyukan kepada mereka sedikit pun. (Muslim)
Dalil lain tentang larangan berhubungan dengan jin adalah:
Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Al-Jin: 6).
Imam At-Thabari dalam tafsirnya menyebutkan: “Ada penduduk kampung dari bangsa Arab yang menuruni lembah dan menambah dosa mereka dengan meminta perlindungan kepada jin penghuni lembah tersebut, lalu jin itu bertambah berani mengganggu mereka.
Tujuan seorang muslim melakukan hubungan sosial adalah dalam rangka beribadah kepada Allah swt dan berusaha meningkatkannya atau untuk menghindarkan dirinya dari segala hal yang dapat merusak ibadahnya kepada Allah. Melakukan hubungan dengan jin berpotensi merusak penghambaan kita kepada Allah yaitu terjatuh kepada perbuatan syirik seperti yang dijelaskan oleh ayat tersebut. Ketidakmampuan kita melihat mereka dan kemampuan mereka melihat kita berpotensi menjadikan kita berada pada posisi yang lebih lemah, sehingga jin yang kafir atau pendosa sangat mungkin memperdaya kita agar bermaksiat kepada Allah swt.
Bagaimana berhubungan dengan jin yang mengaku muslim? Kita tetap tidak dapat memastikan kebenaran pengakuannya karena kita tidak dapat melihat apalagi menyelidiki nya. Bila jin tersebut muslim sekalipun, bukan menjadi jaminan bahwa ia adalah jin muslim yang baik dan taat kepada Allah.
Di samping itu, tidak ada manusia yang dapat menundukkan jin sepenuhnya (taat sepenuhnya tanpa syarat) selain Nabi Sulaiman as dengan doanya:
Sulaiman berkata: “Ya Rabbku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi”. (Shad (38): 35).
Maka berhubungan dengan jin tidak mungkin dilakukan kecuali apabila jin itu menghendakinya, dan sering kali ia baru bersedia apabila manusia memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini dapat dipastikan secara bertahap akan menggiring manusia jatuh kepada kemaksiatan, bahkan mungkin kemusyrikan dan kekufuran yang mengeluarkannya dari ajaran Islam. Na’udzu billah.
Wallahu a’lam
Subscribe to:
Posts (Atom)