5/17/2012

KURSUS IBU GAYONG / PERMAINAN LAKSAMANA / GERAK TENAGA ROHANIAH (ILMU WARISAN DATUK LAKSAMANA HANG TUAH)


Hanya 45 minit eksklusif bersama Datuk Panglima Perang Lela Terbilang / 017-6703 968

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia mengamalkan ilmu warisan para Wali - Wali Allah, Ulama Silam & Datuk Laksamana Hang Tuah dari Nusantara Melayu dan Timur Tengah. Ilmu ini mengatasi segala ilmu kebatinan dan ilmu mistik yang lain kerana asasnya adalah penggunaan "dua kalimah syahadah" & dijamin tiada sebarang unsur - unsur syirik yang melibatkan jin, syaitan,iblis dan sebagainya.

Apabila anda mempelajari Ilmu Tenaga Rohaniah, kepandaian bersilat dan ilmu kebatinan yang akan anda perolehi akan setaraf, bahkan melebihi daripada mana - mana guru persilatan yang lain.
Seramai 350,000 orang murid dari dalam dan luar negara telah membuktikannya semenjak tahun 1993 hingga kini.

Apa itu Ilmu Tenaga Rohaniah?

Ilmu Tenaga Rohaniah Ialah warisan dari ulama ulama dan pendekar pendekar silam dan merupakan salah satu dari cabang ilmu yang dikatakan Ibu Gayong. Apa yang bakal diperolehi dengan Ilmu Tenaga Rohaniah? Ilmu ini adalah pakaian Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia, jadi sudah tentu ia merupakan ilmu beladiri, tetapi lebih dari itu sebenarnya Ilmu Tenaga Rohaniah sebenarnya lebih dari itu, dengan mengamalkan ilmu ini anda mampu: Bersilat dengan cantik, kemas, tepat dan sempurna dalam keadaan yang sedar dan waras.

Memukul musuh dari jarak jauh, Mengunci pergerakan musuh,
Menepis gangguan makhluk halus dan sihir, Tahan tetakan senjata tajam, Itu hanya dari aspek bela diri dan mistik, tetapi bagaimana dengan kehidupan sebenar?
Hilangkan stress dengan meditasi dan zikir yang terdapat dalam amalan Ilmu Tenaga Rohaniah, Memecah kebuntuan idea , menyelesaikan masalah yang rumit.
 Melakukan sesuatu yang tidak pernah dipelajari seperti membaiki kereta dan lain lain bila keadaan mendesak. Berikut pula manafaat kepada pelajar sekolah atau IPT Mampu mengingati pelajaran berganda ganda lebih baik dari sebelumnya. Mengulangkaji pelajaran dengan lebih berkesan.
Yakin bila menghadapi peperiksaan. Lebih lama mengamalkan ilmu ini semakin banyak kelebihan yang dapat diperolehi dengan izin Allah swt.
Yang lebih penting ialah Ilmu Tenaga rohaniah tidak hanya bermanafaat didunia tetapi juga di akhirat kerana amalan yang diamalkan ialah zikir zikir dan ayat ayat Al Quran yang pastinya di anugerahkan dengan balasan pahala sebagai bekalan akhirat.

Betulkah seseorang itu boleh bersilat dalam masa 3 jam?

1. Betulkah seseorang itu boleh bersilat dalam masa 3 jam?
Ya! Boleh, kami bersedia mengajar rahsianya & buktikan.
 2. Benarkah seni kebatinan dabus masih wujud ?
Ya! Masih wujud. Rahsianya ada pada kami.
3. Betulkah pendekar silat melayu tidak luka oleh senjata tajam?
Ya! Dengan izin Allah, rahsianya ada pada kami.
4. Bolehkah musuh ditolak atau di pukul dari jarak jauh?
Ya! Boleh. Jika rahsianya anda pelajari.

DALAM KURSUS INI ANDA AKAN DIAJAR

Latihan rencah jarak jauh. Mengunci musuh jarak jauh.
Mematikan sihir musuh jarak jauh. Merawat diri sendiri, keluarga & orang lain.
Membentuk perisai tubuh (diri) agar tidak dilukai senjata tajam.
Mampu bersilat dalam apa sahaja jenis silat @ permainan (beladiri) dengan sendiri tanpa diajar di dalam gelanggang.
Membuat tubuh kuat dan menjadi sihat serta menghindarkan diri daripada segala penyakit. Menjadikan otak cergas sentiasa.
Dan 1001 kelebihan lain (bergantung kepada niat anda). Selalunya masyarakat kita fobia tentang ilmu kebal kerana sering dikaitkan dengan penggunaan jin dan lain-lain.
Namun untuk renungan umat melayu yang agak negatif dengan ilmu kebatinan, di sini saya berikan butiran ringkas Perang di zaman Rasulullah SAW untuk difikir-fikirkan pada masa lenggang. Jumlah perang bermula tahun 1H-11H, sebanyak 82 kali.

Tidak disertai Rasul SAW berjumlah 54 kali. Rasul SAW sebagai panglima sebanyak 28 kali. Dalam 28 peperangan yang Rasulullah SAW turun padang, 9 daripadanya berlaku pertempuran dan 19 kali musuh melarikan diri sebelum bertempur.

Dalam 9 kali bertempur hanya sekali tercedera dan hampir terbunuh iaitu dalam perang UHUD. Masyarakat selalu mengambil iktibar perang Uhud dan mengaitkannya dengan permasalahan KEBAL. Bagi sesetengah orang, ilmu kebal dikatakan syirik dan bid’ah dolalah kerana Rasul SAW dan sahabat pun boleh dicederakan. Ditekankan disini bahawa Rasul SAW dan sahabat pada ketika itu berperang untuk SYAHID DIJALAN ALLAH, oleh itu kebal dari senjata bukanlah fokus utama mereka ketika bertempur.

Mereka telah dilatih untuk berjiwa Taqwa, Ikhlas dan Ikhlas yang menyebabkan musuh susah untuk bertindak ke atas mereka. Atas dasar tiga perkara tadilah pertolongan Allah sampai kepada mereka. Tentera Islam kalah dan Rasulullah SAW tercedera dalam perang UHUD adalah disebabkan penderhakaan (INGKAR) yang dibuat oleh segelintir tentera Islam ketika itu. Penderhakaan ini telah menyebabkan penarikan BANTUAN oleh Allah. Oleh sebab kemenangan umat Islam berpaksi kepada TAQWA, IKHLAS dan TAWAKAL, perang UHUD menjadi pengajaran kepada orang-orang yang melanggar perintah nabi dan membelakangkan Allah SWT.

Bagi nabi SAW pula, selaku ketua terpaksa menerima teguran dari Allah ke atas tentera Islam ketika itu. Begitulah pengajaran yang sepaptutnya diambil oleh masyarakat, kerana jelas dalam perang UHUD, tentera Islam dengan segala ilmu HAQ di dalam dada masih tertewas kerana tidak menjaga hubungan dengan Allah. Ditekankan disini, menagapa kita tak mahu mengkaji bagaimana dalam lain-lain perang yang dikepalai Rasul SAW, tidak tersebut dalam riwayat mengatakan tentang kecederaan baginda sedangkan perang dizaman nabi adalah khusus untuk membunuh baginda SAW. Dalam satu riwayat menceritakan ketika bertempur Rasulullah SAW adalah yang paling berani dan paling di depan. Para sahabat pun berlindung di belakang nabi kerana rasa dilindungi oleh kehebatan nabi SAW.

Ribuan anak panah yang tertuju kepada nabi SAW tidak terkena pada nabi dan kebanyakannya tersasar jauh. Bagaimana perkara begini boleh berlaku?

Mengapa sedikit orang yang berani memikirkan hal-hal kebesaran Allah yang berlaku kepada Nabi SAW? Bagi umat melayu akhir zaman, carilah ilmu kebathinan dari guru-guru yang muktabar. Sesungguhnya ilmu ini datang dari dalam Islam kerana ianya pakaian orang-orang soleh dan para nabi. Pada akhir zaman, ilmu hitam akan berleluasa, umat Islam yang lemah ilmu bathin dan kerohanian akan menjadi sangat jauh dari Allah lalu terjerumuslah mereka ke dalam kekhurafatan dan kecelaruan dalam kehidupan.

"ILMU KAMI TIDAK MENGGUNAKAN TANGKAL, JIN ATAU LAIN - LAIN BENDA TAHYUL. KAMI MENGGUNAKAN ILMU TAUHID DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH S.W.T. BERUSAHA MENYELAMATKAN DIRI DENGAN ILMU WARISAN PENDEKAR MELAYU JIKA DICEROBOH ATAU DISERANG. "

HUBUNGI SEKARANG:

(HQ)
PUSAT RAWATAN ALTERNATIF PANJI ALAM S/B,
11-2, JALAN MELATI UTAMA, TAMAN MELATI UTAMA,
53100 SETAPAK, KUALA LUMPUR,
MALAYSIA.