PUTRA- Perubatan Tenaga Rohaniah, Tenaga Alam Semulajadi, Tradisional Melayu Islam. PSSGMM- Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia "GAYONG MA'ARIFAT BUKAN SEKADAR SILAT" "BUKAN SILAT BIASA"
4/27/2012
SUMPAH KERAMAT YTM YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM
FITNAH & NISTA SENTIASA MENIMPA HANG TUAH DARI ZAMAN DAHULU HINGGA ZAMAN SEKARANG
Apalah malang nasib Datuk Laksamana Hang Tuah, sentiasa difitnah dan dinafikan kewujudannya.
Di zaman dahulu, Patih Karma Wijaya beserta kuncu-kuncunya menabur fitnah keatas Hang Tuah. Zaman ini, anak Cina dan ‘Melayu murtad’ pula membuat onar ..
Kenapalah, dengki dan khianat mereka terhadap Hang Tuah..
Apalah dosa Hang Tuah kepada mereka .. sentiasa diintai segala kelemahan diri untuk dijaja sebagai berita sensasi.
Hang Tuah, suatu nama terbilang .. mengangkat maruah Melayu di mata dunia. Tapi, bagi ‘Melayu murtad’ jasa Hang Tuah tidak dinilai. Itulah Melayu yang tiada jati diri, apa yang dikata orang tentang Melayu betul belaka, tiada usul periksa, diiya belaka.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tidak dikata ..
Kewujudan Hang Tuah tidak perlu dipertikai kerana jasanya pada Kerajaan Melayu Melaka, berada dalam lipatan sejarah.
Hang Tuah telah mengangkat nama Melayu, ke merata dunia. Dari China ke benua India, di seluruh Nusantara Melayu namanya masyhur. Beliau adalah anak jati Melayu Bentan, datang menghamba diri kepada Raja Melaka. Dipertemu oleh Bendahara tersohor Tun Perak namanya.
Tiada kubur Tun Teja di Melaka .. jika tiada Laksamana Hang Tuah.
Tiada kubur Megat Panji Alam .. jika tidak mempertahankan maruah.
Banyak sejarah, di muzium penjajah, kenapa tak digali ? kenapa tak dicari ?
Tanya Vasco Da Gama, tanya Afonso de Albuquerque, tanya Diogo Lopes de Sequeira, tanya bangsa penjajah ..
Mereka tahu sejarah lima bersaudara .. betapa sukar untuk menjajah Melaka, tetapi lantaran tiadanya Tuah dan Jebat .. luntur segala kuasa pada lima bersaudara kerana yang tinggal hanyalah tiga bersaudara.
Tiada Tuah .. Tiada Jebat .. Tiada Kasturi .. Tiada Lekir dan tiada Lekiu .. apalah ada pada Melaka. Disegani ia kerana Bendaraha tersohor Tun Perak namanya, disokong oleh lima bersaudara.
Gah Melaka diserata dunia, disegani kawan dan disegani lawan.
Hei Anak Melayu !
Jangan biarkan negara Melayu tergadai kerana lemahnya Melayu. Berpecah, terjajah akibat maruah Melayu dijual oleh Melayu – ‘Melayu murtad’ sebagai petualang bangsa. Jangan ulangi sejarah lama, kerana dendam, kerana kuasa, kerana perempuan, kerana harta Melayu tumbang ditangan penjajah.
Kenapa bodohnya Melayu ??
Sejarah tak diambil iktibar ... ‘Melayu murtad’, Melayu lemah, mudah terbuai dalam mimpi. Leka mereka dalam ulit dan seloka oleh musuh negara.
Kenapa Melayu murtad mudah bersekongkol dengan bangsa lain dalam menjatuhkan bangsa sendiri sedangkan tanah yang dipijak Tanah Melayu dan bangsa yang dikhianati Bangsa Melayu !
Jika kita jatuh .. jika kita hilang Tanah Melayu .. dimana cucu cicit kita akan menumpang teduh ??
Sanggupkah Melayu murtad melihat anak cucu mereka merempat dan duduk dalam keadaan hina ??
Tanah Melayu ini adalah hak kita !
Jika hilang dimanakah hendak kita menumpang teduh ??
Orang lain masih punya Tanah Besar di timur dan di barat .. Jika terjadi apa - apa pada Tanah Melayu mereka boleh lari membawa harta ke negeri lain tapi kita ??
Kemana hendak lari ?
Tolonglah sedar wahai ‘Melayu murtad’, jika kamu tidak sayang pada Tanah Melayu, hidup suka menjadi parasit dan pemusnah bangsa sendiri ..
Nyahlah kamu daripada bumi bertuah ini !
Hina sungguh kau bangsa ‘Melayu murtad’, tunggulah nanti jika Tanah Melayu ini cuba digadai .. binasalah engkau dengan amukan pewaris ilmu Laksamana Hang Tuah !
Kami waris dan cucu cicit Datuk Laksamana Hang Tuah tidak akan berdiam diri !
Kami akan cari kamu ‘Melayu murtad’ sehingga ke lubang cacing !
Kami akan binasakan kamu dan keturunan kamu !
Nyah, kamu daripada Tanah Melayu !
Takkan Melayu hilang di dunia, pedih, perit, pilu, sedih. Dengarlah wahai ‘Melayu Murtad’ jeritan kami, waris Datuk Laksamana Hang Tuah.
TUNGGULAH AMUKAN KAMI !!!
~Waris Beradat Panji Alam
DUNIA GAYONG MAARIFAT
PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA
PSSGMM merupakan salah satu di antara silat melayu tua yang berada di Malaysia pada waktu ini yang masih mengekalkan pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian silat melayu tua. Seni silat ini membawa kaedah persilatan yang unik dari gerak tari dan pergerakan permainan dan bela diri dari Sumatera, Pahang, Melaka (Melayu Palembang) dan Jawa Tengah. Gabungan kesenian dalam persilatan ini sangat menarik dan dapat menambat hati pencinta seni silat kekal membawa budaya seni ini dalam kehidupan mereka.
Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) telah berkembang keseluruh Malaysia semenjak 1993 hingga kini dan telah mempunyai murid atau pelajar seramai 15 ribu orang. PSSGMM hari ini berada di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak.
Sejarah
PSSGMM telah diasaskan oleh Datuk Dr. Azam b. Zulkifli selaku Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia pada Januari 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Guru Utama / Pengasas PSSGMM / Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran Yang Dipertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan adat istiadat selaku penasihat dan penguatkuasa undang-undang adat dalam PSSGMM
Beliau berasal dari Pekan Pahang Darul Makmur dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu persilatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Seni Silat Gayong Ma’arifat telah diasaskan oleh beliau berdasarkan daripada ilmu yang telah dipelajari oleh beliau selama diperantauan semenjak 1977.
Beliau tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan PSSGMM kerana PSSGMM mempunyai susun atur pentadbirannya sendiri terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Agong PSSGMM iaitu En. Mohd Nizam B. Zainal serta Ahli Jawatankuasa Pusat serta Persatuan Negeri.
PSSGMM telah didaftarkan pada 1993 di bawah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Wilayah Persekutuan dan didaftar semula pada 1998 sebagai Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, rujukan sijil daftar : 1176
Pelajaran
Di samping kesenian, unsur spiritual kerohanian Islam diterapkan juga seperti membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari sihir dan penguat semangat, fikiran serta perasaan pesilat.
Kaedah bela diri dan kesenian dalam persilatan ini terbahagi kepada 7 permainan:
>Buah Pukul Minang
>Sendeng Dua Beradik
>Terlak Sumatera
>Cekak Minang
>Harimau Minang
>Panglima
>Laksamana
Tujuan dan matlamat PSSGMM yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (KDN 1176) adah seperti berikut:
1. Menghidup dan mengembangkan warisan seni silat Gayong Ma’arifat kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya dimata dunia.
2. Memupuk & memelihara nilai-nilai kesenian persilatan & budaya melayu yang bersesuaian dengan kesenian dan budaya Negara
3. Membenteras serta membasmi kepercayaan tahyul & kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam
4. Menanam sifat berdikari, kefahaman mental & kecergasan diri
5. Mempertinggi dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.
6. Menyatu dan mendidik semua ahli-ahli Pesilat Seni Silat Gayong Ma’arifat di bawah satu persatuan yang tersusun dalam membina satu generasi yang bermoral dan berdisiplin serta memelihara warisan pusaka bangsa.
ILMU TENAGA ROHANIAH ( ILMU GERAK LAKSAMANA )
Ilmu Tenaga Rohaniah (Ilmu Syahadah) Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia adalah ilmu warisan para Wali - Wali Allah, Ulama Silam & Datuk Laksamana Hang Tuah dari Nusantara Melayu dan Timur Tengah.
Ilmu ini mengatasi segala ilmu kebatinan dan ilmu mistik yang lain kerana asasnya adalah penggunaan dua kalimah syahadah & dijamin tiada sebarang unsur - unsur syirik yang melibatkan jin,syaitan,iblis dan sebagainya.
Apabila anda mempelajari Ilmu Tenaga Rohaniah, kepandaian bersilat dan ilmu kebatinan yang akan anda perolehi akan setaraf bahkan melebihi daripada mana - mana guru persilatan yang lain.350,000 orang murid dari dalam dan luar negara telah membuktikannya semenjak tahun 1993 hingga kini.
Apa itu Ilmu Tenaga Rohaniah?
Ilmu Tenaga Rohaniah Ialah warisan dari ulama ulama dan pendekar pendekar silam dan merupakan salah satu dari cabang ilmu yang dikatakan Ibu Gayong.
Apa yang bakal diperolehi dengan Ilmu Tenaga Rohaniah?
Ilmu ini adalah pakaian Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia, jadi sudah tentu ia merupakan ilmu beladiri, tetapi lebih dari itu sebenarnya Ilmu Tenaga Rohaniah sebenarnya lebih dari itu, dengan mengamalkan ilmu ini anda mampu:-
>Bersilat dengan kemas cantik dan sempurna dalam keadaan yang sedar dan waras.
>Memukul musuh dari jarak jauh
>Mengunci pergerakan musuh
>Menepis gangguan makhluk halus dan sihir
>Tahan tetakan senjata tajam
Itu hanya dari aspek bela diri dan mistik, tetapi bagaimana dengan kehidupan sebenar?
>Hilangkan stress dengan meditasi dan zikir yang terdapat dalam amalan Ilmu Tenaga Rohaniah
>Memecah kebuntuan idea , menyelesaikan masalah yang rumit.
>Melakukan sesuatu yang tidak pernah dipelajari seperti membaiki kereta dan lain lain bila keadaan mendesak.
Berikut pula manafaat kepada pelajar sekolah atau IPT
>Mampu mengingati pelajaran berganda ganda lebih baik dari sebelumnya.
>Mengulangkaji dengan lebih berkesan
>Yakin bila menghadapi peperiksaan
Lebih lama mengamalkan ilmu ini semakin banyak kelebihan yang dapat diperolehi. Yang lebih penting ialah ilmu Ilmu Tenaga rohaniah tidak hanya bermanafaat didunia tetapi juga di akhirat kerana amalan yang diamalkan ialah zikir zikir dan ayat ayat Al Quran yang pastinya di anugerahkan dengan balasan pahala.
DALAM KURSUS INI ANDA AKAN DIAJAR
>Latihan rencah jarak jauh.
>Mengunci musuh jarak jauh.
>Mematikan sihir musuh jarak jauh.
>Merawat diri sendiri, keluarga & orang lain.
>Membentuk perisai tubuh agar tidak dilukai senjata tajam.
>Mampu bersilat dalam apa sahaja silat dengan sendiri tanpa diajar di dalam gelanggang.
>Membuat tubuh kuat dan menjadi sihat serta menghindarkan diri daripada segala penyakit.
>Menjadikan otak cergas sentiasa.
Dan 1001 kelebihan lain (bergantung kepada niat anda).
"ILMU KAMI TIDAK MENGGUNAKAN TANGKAL, JIN ATAU LAIN - LAIN BENDA TAHYUL. KAMI MENGGUNAKAN ILMU TAUHID DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH S.W.T. BERUSAHA MENYELAMATKAN DIRI DENGAN ILMU WARISAN PENDEKAR MELAYU JIKA DICEROBOH ATAU DISERANG. "
PERUBATAN ALTERNATIF PUTRA MALAYSIA
PENGENALAN
Perubatan Alternatif PUTRA Malaysia diasaskan oleh TKS Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri setelah menjalankan kajian dan pengalamannya selama 7 tahun ke atas pesakit-pesakit beliau dari tahun 1997 hingga tahun 2003. Perubatan ini dinamakan “Perubatan Alternatif PUTRA”.
Berdasarkan kajian dan pengalaman beliau, terdapat beberapa kelemahan dalam teknologi dan kepakaran yang sedia ada dalam bidang perubatan konvesional. Kaedah konvensional hanya menyentuh aspek anatomi dan fisiologi manakala aspek spiritual tidak diambil kira.
Kajian menunjukkan setiap benda mengandungi dua unsur iaitu:-
1. Unsur jisim (Jasad)
2. Unsur Gelombang (Roh)
Kajian terhadap perubatan homeopati yang diasaskan oleh Samuel Hanhneman berasaskan teori Ibnu Sina yang menjelaskan bahawa tubuh manusia mempunyai ‘tubuh kasar’ dan ‘tubuh halus’. ‘Tubuh halus’ akan memberi kesan kepada ‘tubuh kasar’. Ini menunjukkan rawatan secara total perlu melihat kepada keseluruhan unsur sesuai dengan fitrah kejadiannya.
Pemulihan secara total perlu mengambil kira rawatan terhadap puncanya dan bukan sahaja terhadap symptom semata-mata. Ini kerana, rawatan terhadap symptom hanya bersifat sementara. Sebagai contoh, kegagalan merawat pankreas menyebabkan penghidap penyakit diabetis bergantung kepada ubat sehingga akhir hayat. Punca yang tidak dirawat akan menyebabkan penyakit menjadi lebih kronik dan mewujudkan pelbagai penyakit baru dalam jangka masa yang panjang.
Menurut kajian TKS Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, penyakit yang mengganggu manusia adalah disebabkan oleh dua punca:-
1) Penyakit yang berpunca dari masalah hati
Penyakit ini disebabkan oleh tekanan perasaan yang melampau. Pesakit yang tidak dapat mengawal perasaan akibat dari kerunsingan hati menyebakan hormon dalam badan serta sistem tubuh badan mengalami kecelaruan serta boleh menyebabkan sistem tubuh menjadi lemah dan senang mendapat penyakit.
2) Penyakit yang datang dari perut
Penyakit ini disebabkan oleh kegagalan cara mengawal pemakanan yang boleh menyebabkan keracunan dalam sistem tubuh dan mendatangkan pelbagai penyakit. Contohnya, kencing manis, darah tinggi, demam panas, lemah jantung, batu karang, kolestrol tinggi dan lain lagi.
Oleh itu, kaedah Perubatan Alternatif PUTRA adalah satu-satunya kaedah yang diakui terbaik dalam mengawal, mencegah serta merawat penyakit dalam tubuh manusia.
KAEDAH RAWATAN
Perubatan Alternatif PUTRA terbahagi kepada dua kaedah rawatan dan menggunakan dua tenaga dalam proses merawat pesakit, iaitu:-
1) Tenaga Rohaniah
Menggunakan Tenaga Rohaniah bagi membangkitkan tenaga-tenaga penyembuh, pemulih, penawar dan pemusnah yang berada dalam tubuh Pengamal Perubatan serta dalam diri pesakit.
2) Tenaga Alam
Menggunakan Tenaga Alam membawa maksud mana-mana Pengamal Perubatan Alternatif PUTRA boleh menggunakan ubat-ubatan yang bersih lagi halal serta berasal dari alam semulajadi untuk diberikan kepada pesakit.
KESAN/ FAEDAH PERUBATAN
Mengembalikan kestabilan tubuh kepada normal serta mampu menolak tenaga negatif di dalam tubuh.
Merangsang otak dan kelenjar supaya berada dalam keadaan tenang secara semulajadi.
Merangsang sistem saraf, organ, sel dan hormon berfungsi dengan lebih stabil serta mengelak kecelaruan aktiviti sistem tubuh.
Merangsang sistem imuniti tubuh bagi mengelak jangkitan atau penyakit serta menghalang keracunan di dalam tubuh secara semualajadi.
Merangsang sistem aura iaitu pertahanan tubuh dalam bentuk spiritual yang mampu memberi kecergasan, kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan.
Mampu menghalang unsur-unsur negatif daripada menceroboh tubuh zahir dan batin.
MODUL PELAJARAN
PERUBATAN ALTERNATIF PUTRA MALAYSIA
A) Pengenalan Perubatan Alternatif PUTRA
B) Anatomi (mengenali struktur tubuh manusia)
C) Fisiologi (mengenali penyakit tubuh manusia)
D) Latihan PUTRA (pemeriksaan pesakit)
E) Mengesan penyakit melalui kaedah:
i. Gelombang Otak
ii. Scan/Imbasan
iii. AK (Apply Kinesiology)
F) Kaedah Rawatan:
i. Laser Akhbar (1)
Mencabut
Pemusnah
Penyembuhan
Pemulihan
Penawar
ii. Laser Akhbar (2)
Pembersihan diri
Menyusun Tenaga & Aura
Penyembuhan diri
G) Tafakur @ Meditasi
i. Seni Tafakur Melayu
ii. Ketenangan diri
iii. Mempertingkatkan kebolehan diri
H) Mengenal Perubatan Tradisional Melayu
i. Mandi limau
ii. Mandi bunga
iii. Alin telur
iv. Mengubat santau
v. Pagar rumah & lain-lain
Subscribe to:
Posts (Atom)